RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2
( MAKRO PENGAJARAN )
Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 2 Rajin
Tarikh : 17 April 2012
Masa : 9.00 – 9.30 ( 30 minit )
Bilangan murid : 27 orang
Tajuk : Nombor Bulat Hingga 1000
Kemahiran : 1.1 Menama dan menetukan nilai nombor
Objektif pembelajaran : Menamakan nilai nombor hingga 1000
Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, murid- murid dapat :
A. Menguasai isi kandungan
i . Menyebut dan menulis sebarang nombor bulat hingga 1000.
ii . Membaca sebarang nombor bulat yang diberi dalam perkataan.
B. Membina kemahiran berfikir
i . Membentuk nombor nilai tiga digit melalui gabungan tiga kad nombor.
ii . Menulis nombor dalam angka dan perkataan.
iii. Memadan angka dengan namanya dalam perkataan.
C. Mengamalkan nilai murni
i . Saling berkerjasama teutama apabila melakukan aktiviti
berkumpulan .
berkumpulan .
Bahan, Peralatan dan Sumber:
1. Kad perkataan
2. Kad nombor
3. Borang /jadual
4. Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada :
1. Murid telah mempelajari nombor bulat semasa belajar di Tahun Satu dan mereka juga telah mengenal nombor bulat dalam kehidupan seharian.
Langkah Pengajaran
Set Induksi
1. Guru meminta murid memerhatikan apa yang ditulis dan dilukis oleh guru.
2. Murid membuat pemerhatian dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
Cadangan komunikasi:
i. Apa yang saya tulis dan lukis ini?
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran pada hari ini.
Langkah 1
1. Guru melekatkan tiga kad imbasan yang tertulis nombor bulat iaitu seratus, dua ratus dan tiga ratus.
2. Tiga orang murid dipilih secara rawak untuk menyebut nombor bulat melalui kad imbasan dan menulisnya dalam angka di papan tulis.
3. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak dan minta mereka menulis nombor bulat yang lain di papan tulis.
Cadangan komunikasi:
i. Tuliskan nombor bulat 253 dalam perkataan.
ii. Tuliskan nombor bulat empat ratus dalam angka.
Langkah 2
1. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan kecil,
3. Setiap kumpulan diminta menggabungkan 3 kad nombor untuk membentuk satu nombor nilai tiga digit.
4. Murid merekodkan hasil kerja mereka ke dalam jadual yang telah disediakan.
5. Wakil dari setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja mereka.
Cadangan komunikasi:
i. Sila bergerak ke dalam kumpulan masing-masing.
ii. Pilih 3 kad nombor dan gabungkan. Tulis nombor yang terhasil ke dalam jadual yang disediakan.
Langkah 3
1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan minta murid menyelesaikannya.
2. Penyemakan dilakukan bersama-sama.
Penutup:
1. Guru membimbing murid membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
2. Akhir sekali guru merumuskan kesemua hasil pembelajaran pada hari ini.







