Hari Pertama
Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun Satu Amanah
Tarikh : 30 Januari 2012
Masa : 8.00 – 9.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 25 orang
Tema / tajuk : Nombor Bulat Hingga 100
Subtajuk : Menyatakan kuantiti secara intuitif
Obejktif Pembelajaran : Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang.
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini murid dapat:
A. Menguasai isi kandungan
a) Menyatakan sesuatu perkara yang didengar dan dialami dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
b) Menyatakan kuantiti melalui kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek dan membanding dua kumpulan secara padanan.
B. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a) Murid membentuk kumpulan banyak dan kumpulan sedikit, kumpulan sama banyak dan tidak sama banyak, kumpulan lebih dan
kumpulan kurang berdasarkan objek yang ada di sekeliling murid.
C. Mengamalkan nilai murni :
a) Melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan aktiviti kumpulan di dalam bilik darjah.
b) Bekerjasama dalam melakukan aktiviti kumpulan
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Pensel
Buah rambutan
Kad gambar
Kertas majong
Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari tajuk ini melalui kehidupan seharian mereka.
Langkah pengajaran:
Set Induksi
1. Guru meletakkan dua kumpulan buah rambutan yang diletakkan di atas
meja.
2. Murid membuat pemerhatian terhadap 2 kumpulan rambutan yang terletak di atas meja.
3. Murid diminta menyatakan kumpulan rambutan yang banyak dan sedikit.
Langkah 1
1. Guru meminta murid membentuk dua bulatan, satu bulatan kecil dan satu
bulatan besar.
2. Bersoaljawab dengan murid mengenai kumpulan yang banyak dan sedikit.
3. Guru menyediakan beberapa batang pensel.
4. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan kecil.
5. Setiap kumpulan diminta membentuk kumpulan banyak, sedikit,
sama banyak dan tidak sama banyak.
Cadangan komunikasi:
i. Kumpulan 1 bentuk kumpulan pensel yang banyak dan sedikit.
ii. Kumpulan 2 bentuk kumpulan pensel yang sama banyak dan tidak sama banyak.
Langkah 2
1. Guru memaparkan kad gambar dan soal murid bentuk warna apa yang paling banyak, paling sedikit dan sama banyak.
2. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu kertas majong dan pen marker.
3. Kumpulan satu diminta melukis objek yang mewakili kumpulan banyak dan sedikit.
4. Kumpulan dua diminta melukis objek yang mewakili kumpulan sama banyak dan tidak sama banyak.
5. Kedua-dua kumpulan diminta membentang hasil kerja mereka.
Langkah 3
1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan minta murid menyelesaikannya.
2. Penyemakan dilakukan bersama-sama.
Penutup:
1. Guru membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan dan memberi pemgukuhan kepada murid tentang tajuk yang dipelajari.
Hari Kedua
Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun Satu Amanah
Tarikh : 31 Januari 2012
Masa :7.30 – 8.30 pagi (60 minit)
Bilangan Murid: 25 orang
Tema/Tajuk : Nombor Bulat Hingga 100
Subtajuk : Nombor Bulat 1 hingga 10
Objektif Pembelajaran : Menamakan nombor bulat 1 hingga 10.
Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A. Menguasai Isi Kandungan
a. Menamakan nombor berdasarkan kad imbasan yang ditunjukkan.
b. Membilang objek yang terdapat dalam kelas seperti pensil,kerusi dan meja.
B. Membina Kemahiran Berfikir
a. Mengira dan menamakan nombor bagi kumpulan objek ynag ditunjukkan.
b. Menulis nombor dalam angka dan perkataan.
C. Mengamalkan nilai murni:
a. Melibatkan diri secara aktif dalam melakukan aktiviti kumpulan di bilik darjah.
b. Sentiasa bekerjasama, berdisiplin, tolong menolong, bertanggungjawab dan mempunyai keyakinan diri.
Bahan, Peralatan dan bahan sumber:
Gula-gula
Jelly
Kad nombor
Kad imbasan
Lembaran kerja
Pengalaman Sedia ada : Murid telah mengenal nombor bulat 1 hingga 10 sewaktu berada di Pra Sekolah.
Langkah pengajaran
Set Induksi
1. Guru meminta murid membuat pemerhatian pada sebuah bekas yang berisi gula-gula.
2. Murid diminta mengira gula-gula di dalam bekas tersebut.
Cadangan komunikasi:
i. Cuba kamu kira berapa jumlah gula-gula yang ada di dalam bekas itu?
ii. Berapa jumlahnya?
Langkah 1
1. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan kecil.
3. Setiap kumpulan diminta mengira kesemua sumi jelly tersebut.
4. Setiap kumpulan diminta menunjukkan jumlah bilangan sumi jelly dengan nombor yang disebut oleh guru.
Cadangan komunikasi:
i. Nombor 4.
Langkah 2
1. Guru melekatkan kad nombor dari 1 hingga 10 di papan tulis.
2. Murid diminta membilang nombor dari 1 hingga 10.
4. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menulis nombor yang disebut oleh guru di papan tulis.
Cadangan komunikasi:
i. Apakah nombor ini?
ii. Tuliskan nombor satu dalam angka dan perkataan.
Langkah 3
1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan minta murid menyelesaikannya.
2. Penyemakan dilakukan bersama-sama.
Penutup:
1. Guru membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan oleh murid.
Hari Ketiga
Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 1 Amanah
Tarikh : 01 Februari 2012
Masa : 8.00 – 9.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 25 orang
Tajuk : Nombor Bulat Hingga 100
Subtajuk : Menama dan menentukan nilai.
Objektif pembelajaran : Menentukan nilai nombor 1 hingga 10.
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A. Menguasai Isi Kandungan
a. Menunjukkan kuantiti bagi nombor yang disebut dengan menggunakan objek sebenar, gambar, garis nombor dan
abakus 4:1.
b. Menyebut nombor berdasarkan objek sebenar, gambar, garis nombor dan abakus 4:1
B. Membina Kemahiran Berfikir
a. Memadankan kumpulan objek dengan gambar.
b. Menyusun nombor dalam tertib menaik atau menurun.
c. Membuat perbandingan dua nombor dan nyatakan nombor yang terletak dianataranya.
C. Mengamalkan nilai murni:
a. Bekerjasama dan bantu membantu terutama sewaktu melakukan aktiviti kumpulan di bilik darjah.
Bahan, Peralatan dan bahan sumber:
Buku teks
Bulu tangkis-10 biji
Gambar
Abakus
Kad nombor
Lembaran kerja
Pengetahuan Sedia ada:
Murid telah mengetahui bahagimana menentukan nilai nombor melalui aktiviti seharian mereka.
Langkah Pengajaran
Set Induksi
1. Guru meminta murid meneka jumlah bulu tangkis yang terdapat di dalam kotak.
2. Murid meneka dengan pelbagai jawapan.
3. Guru mengeluarkan bulu tangkis dan minta murid megiranya.
Cadangan komunikasi:
i. Cuba teka berapa jumlah bulu tangkis yang terdapat di dalam
kotak ini?
Langkah 1
1. Guru menunjukkan kad gambar dan garis nombor kepada murid.
2. Murid menyebut nilai nombor berdasarkan objek di dalam kad gambar dan garis nombor.
3. Guru mengedarkan abakus kepada setiap murid.
4. Guru membimbing murid menyebut nilai nombor dengan menggunakan
abakus.4:1
Langkah 2
1. Guru melekatkan kad nombor dari 1 hingga 10 di papan tulis .
2. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menyusun kad nombor mengikut tertib menaik dan tertib menurun.
3. Bersoaljawab secara lisan bagi meninjau kefahaman murid tentang tertib menaik dan tertib menurun.
Cdangan komunikasi:
i. Susun kad nombor ini mengikut urutan menaik.
ii. Susun kad nombor ini mengikut urutan menurun.
4 .Guru melekatkan dua kad nombor dipapan tulis.
5. Minta murid menyatakan nombor yang terletak diantaranya.
Cadangan komunikasi:
i. Apakah nombor yang terletak diantara 2 dengan 4?
Langkah 3
1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan minta murid menyelesaikannya.
2. Penyemakan dilakukan bersama-sama.
Penutup:
1. Guru membuat penyoalan untuk mengetahui pemahaman murid tentang pembelajaran
pada hari ini.
2. Guru membuat rumusan hasil kerja murid.






Nice. Mohon guna & share dgn kwn2 sekolah ye. Terima kasih
BalasPadam